Monday, November 2, 2009

jenaka

Cerita 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Cerita 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata," Ala ... releks le, aku ni kan anjing laut."

Cerita 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Cerita 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih." Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Cerita 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi 2 orang kenamaan itu mati. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis," Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami." "Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu...."

Cerita 6
ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian lift berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.." "ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba..."tp td akak tekan butang 2 dan 4" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru kepala...

Cerita 7
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. "Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya". "Lho ... kenapa kamu tidak membeli dua komputer" sahut temannya.

Cerita 8
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur..hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan. "Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah."
"Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah.
"Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih.
"Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis.
"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang
dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu."
"Saya tahu... ," jawabnya.
"Kerana itulah saya meracuni kamu... "


Cerita 9
Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah² belaka.... jd, bapanya membanding²kan anaknya dengan anak jirannya yang
cerdik dan pandai... bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah². dia anak yg cerdik....tak macam kamu, malas betull.. " kerana kesal
dibanding² si anak menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan
bapanya cerdik....." bapa : ??


Cerita 10
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai, mereka masing² keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "Maaf en, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!".. maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula
menukar sandwich memasing....

~kelakar giler bile bace semua cter2 kt atas..
now nak release sume yg serabut...
cool balek..
harap semua terhibur ngn santapan jenaka di ats~ :)

2 comments:

FieZa9 said...

Haha sengal.Bagus gak at least boleh gelak2.Lupa sekejap study and masalah yang ada.Huu. (:

keyna.na'im said...

haha lawak kan3~ jgn serabut2..all da best^^