Thursday, November 25, 2010

tucing euwwteepea


nak tunjuk satu gambar ni

meowwww


nampak tak...nampak tak..?? abaikan mat salleh yg tengah makan situ dan orang2 di sekeliling..
sila fokus  meja tuhhh...



kih kih kih..tucing!tucing! comel lah kau ni..!
atas buku tu jugak nak tenggek..


Wednesday, November 24, 2010

Lagu Teman The Lion Story Ft Zahidah


Pertama Kali Kita Berjumpa
Tidak Kepastiannya Ternyata
Diriku Dipenuhi Soalan
Ku Tiada Teman

Aku Terlihat Insan Yang Keliru
Air Yang Deras Mencermin Wajahku
Engkau Menjelma Memberi Harapan
Menghulur Tangan

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Detik Masa Kini Kedengaran
Aku Mengucap Selamat Jalan
Kepada Teman Yang Sering Menghibur Dengan Gurauan

 
Bagaikan Anak Yang Baru Dilahir
Titisan Mata Pun Mula Mengalir
Di Simpang Jalan Kita Menyebut Kata Terakhir
Whoaaa.....Hoaaaa...

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat  Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat  Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu


dedicate to YOU

Saturday, November 13, 2010

the moment of one dark night

mari dekat mari dekat semua teman2 sahabat2 sekalian.. 
dalam kehidupan kita mesti heppy selalu. 
untuk membuatkan kite heppy..
yg penting2 kwn2 kite msti heppi jugak.. 
so wajiblah buat teman2 sekeliling heppy kan. 
kesejahteraan dan kebahagiaan teman2 sekeliling itu lah 
penjana kebahagiaan diri sendiri..wink3 ^_^

macam mana nak buat kukuhkan persahabatan..
bila ada makanan kita kongsi ramai2..huhu
bila turun makan saling pesan memesan..heeeheee
bila dia sedih kita bagi semangat...chaiyok2!!
bila dia gembira kita tumpang gembira...haahaa
bila dia ade masalah boleh tadahkan telinga untuk dengar..
bila dia sakit kita jenguk jenguk..huk huk
bila dia jadi gila gila..kita pon lyn je..jd gila gila sekali..hekhekhek 
bila besday dia datang..kita sambut besday dia..yeepeee (wish dengan seikhlas hati dan bersungguh sungguh pon sudah membuat sesorang itu heppy..acting like nothing special on that day can make she felt down..pecaye lah!!! )




Post ini tergerak nak buat selepas keluar makan di luar 
untuk terakhir kalinya before intern neh.  perhaps
Dalam beberapa minggu lagi sem berakhir dan selepas sembilan bulan baru berjumpa kawan2 balek. T_T 
okeh rasanya selepas intern nanti,,
kawan2 aku masing2 mesti dengan penampilan yg tersendiri. Huahuahua.. 
Sekarang ini lah nak guna masa sehabes baik di UTP.  nanti rindu UTP pulak. sembilan bulan woo...lama tuh..
 (errkk yeke rindu... :P)

Alhamdulillah dapat jugak hang out wif my frenz Ddy Neeza Dayah Yana n Zatie juge.. puas dapat keluar dari UTP sebentar..lega dapat keluar dari bilik (baru dua hari berada di UTP tapi rase mcm sorang2..hate this but syukur2. my five gurls still owaiz wif me..thanx dear frenz..)




Exam sudah dekat.. mari berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang! solat berserta doa jangan tinggal ^_^ Ermm all the best lah to ALL!

Friday, November 12, 2010

10 kelebihan Coca COla..

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, [bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

Disampaikan oleh seorang sahabat....."Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di  dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &  women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama  keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima  forwarded email pasal bertapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & at that time baru lekat  zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan..mari same2 elakkan coca cola..brg yahudi ni menghancurkan umat Islam.

Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..



Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi. 

Renung2 dan fikir2kan dan selamat beramal.




Thursday, November 4, 2010

Oh TP oh!

rase sangat lega sekarang..sy yakin semua coursemates sy pon mst camtu...kn Chemo0707??  sbb dr minggu lepas lagi hectic dengan test2..maklum lah dah nak tamat semester..mestilah akan ada test yang berderet.. tambah stress bila tetibe dpt tau smlm yg interbiu Transport Phenomena,TP akan diadakan pd malam ini.. tadi ye tadi! Ye lah mula2 Dr Nurul kate 20 persons each day..tetibe die hangkut semua sekali interbiu dalam satu malam..haa dari pukul 8 malam sampai pukul 1.00 pagi baru habes..

Ya agak nervous cemas bila nak interbiu tadi..mcm org yg interbiu yg harap2 sangat dapat keje..ni plak interbiu dengan berbekalkan markah2 test yang ALAHAI..dan segala notes2 yang lengkap serta ade lah beberapa soalan latihan yang mampu dibuat...dengan harapan supaya Dr Nurul tambah markah coursework.. penting ye sangat penting.!

Hahaha lawak jugak la interbiu TP tadi. 10 orang sekali interbiu..hamekk! first2 kene jawab soalan maths kat papan putih..sorang2 kena derive equation..it is just short equation but seems still in doubt in solving that equation..Aigoo! Interbiu nih mcam interesting..cemas pon ade..nak tergelak pon ade.. Dr Nurul akan approach sorang2 dan randomly tanya soalan. Bila tiba masa disoal, Dr Nurul tanya ape unit Cp..specific heat capacity.. okeh saya sangat cemas tadi instead of KJ/kg.C..saye jawab W/kg.C..hope Dr Nurul tak amek berat soalan ini.

But overall, this interview session memang best...tapi lagi best kalau interview dalam grup yg lagi kecil dan masa yang lebih lama siket. Walaupon semalam dia tidor hanya 3 jam (berdasarkan sumber yg sahih..) tapi dia sanggup jugak nak buat interview ngn student2 dia malam ni. nway suka lecturer ni. Cooool! Sporting. Genius.

Any problems regarding Transport Phenomena.. Dr Nurul always said to his students
DON'T FEEL LONELY
Inilah satu satunya lecturer yang benarkan student add gtalk dia..kalau ada masalah memang boleh terus jitok2..best kan? Semoga Nur Sakinah dan kawan-kawannya dapat A dalam Fenomena Pengangkutan ini juga subjek2 lain, CPDC, PPD and ECONS . Aminn~  XD


Tuesday, November 2, 2010

sekadar untuk mengingati..~

sekarang tengah study PPD tapi sempat plak tgk fb sekejup..
smbil kurangkn potensi mata yg nk trpejam nih,,
suke di sini nak share sumting,..
skadar utk mngingati kpd teman2 n diri sndri juga,,, Amalkan setiap kali sblom tidor..^__^




Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, yaitu :



1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....



"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara

seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas

tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam

yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua

akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka

seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi

walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama

Sunday, October 17, 2010

Hot Air Balloon

Everytime we start our journey...
should say..
Bismilllahirrahmanirrahim..


Time by time, it seems rising from the back of V4 building slowly.

And after few minutes, the hot air balloon finally appeared in the morning air. 
with the sound of air blow....
pheewwwwww

Woaaaahhh I could only see the hot air balloon in the UTP's morning air..
From my roOm.. ^_^
I wish I could be there..
Oh dear balloon..please do come here...
And take me away from here..
Bring me to the air out of nowhere....
Never let me come back to the land again...
Y_Y



Monday, October 11, 2010

decision2!!!

(((bangon3!! Awaken already..harghhh! bangon agak awal hari ini. Lepas subuh tak boleh lelap walaupon kelas ECON cancel selalunye akan rasa bahagia sebab boleh sambung tidur namun tidak hari ini. 
Bukak laptop sperti biase email...
..
..
..
..
taraaaaaaaa jeng jeng jeng...tak ade ape2menarik selain forwarded msg drpd rakan2..


ada tugas penting hari ini.. Oh masih tak habes2 fikir bnde yg same..Ya Allah! Bantulah. Keputusan sudah dibuat tapi bila bila masa saja dari sekarang boleh berubah selagi tidak bertindak..
...
And now action is already taken..
nak tak nak keputusan dah dibuat.
Keputusan banyak didorong oleh my mom.. Maceh mom. I believe in you.. Anakmu ini sampai kesudah ragu2 membuat pilihan sendiri.)))))
......................................................................................................................................
ALLAHUMA SOLLI WASSALIM ALA SAIYIDINA WA MAULANA MUHAMMAD,SOLATAN TAHULLU BIHA UKHDATI WA TUFARRIJU BIHA QURRBATI WA TUMKHI ZUNIBIHA MEUWAHLATI WA TUKILU BIHA ASRATI WA TAQDI BIHA HAJATI

” Wahai allah! Rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas penghulu kamu muhammad s.a.w , dgn selawat yg meleraikan ikatanku dan melapangkan kesempitanku dan menyelamatkan aku dari kelemahanku dan meringankanku dengannya segala bebanku dan menunaikan semua hajatku .”Aminn~

Saturday, October 9, 2010

P A S T A

yeahh finally this blog is updated..setelah sebulan dibiarkan sepi.
PASTA..yes pasta..do you know what is pasta??? 
Pasta which is originated from Itali and today it is become international food..
but nOw Im talking about Korean Drama Series namely PASTA okayyy..
fuhh seriously, we will get hungry even we have just eat whenever we watch this filem

slurrrppp..boleh habes stock makanan mcm ni kalau berterusan tengok filem ini. Sebab setiap kali tengok mesti terliurrr ngn makanan2 yg dorang masak. masakan ala-ala Itali semuanya. Skarang tinggal lagi beberapa episod je habes. Xsabar tunggu ending!!

Credit to this drama. Lots of Italian words. New and interesting words huhh..


My favourite word.

Posso farlo..
*I can Do It*

Monday, September 13, 2010

kupu-kupu@ ape??

Semalam hari ahad ada perjumpaan ahli keluarga atau Hari Keluarga lah. yelah masa raye lah masa yang sesuai untuk berkumpul. Jadi berangkatlah kami sekeluarga + keluarga Ngah + keluarga Alang ke perjumpaan Hari keluarga di sabak Bernam. perjalanan agak jauh + masa sesat lagi. Ini adalah perjumpaan bersama ahli keluarga belah adk beradik onyang. Kalau di perak ini, panggilan bermuala dari Ayah+Mak tapi ikot juga masing2.lain orang lain panggilnya, lepas tu Atok+Opah (nenek pon boleh). Then, Onyang bagi kedua-dua belah perempuan atau lelaki sama je. Lepas panggilan onyang,,tak reti nak panggil ape dah. tak ingatlah kalau orang perak ni onyet pulak gamaknya. kalau korang mungkin lain panggilnya..kot kan?? Jangan tanya dah lepas Onyet ape pulak, xtau lah! Tanya lagi,ada yang jawab monyet kanggg.. so jangan tanya sehingga sy mendapat jawapan yg pasti..




Tak terlepas makan dengan juadah yang enak..
Sate~~~
Bihun tomyam~~~
Pecal~~~
Buah Tembikai~~~
Nasi Impit +Kuah Kacang~~~

Sehinggalah sy terjumpa si adik beradik atas nih. Yang suka benar makan biskut roda. Ala yang putih bulat-bulat tu. Cube teka apa yang menarik perhatian sy pasal budak berempat ni?? 
Ye anda betol. 
Ada kembar tiga.sorang tu abang die yang asek makan.
Yang budak kembar ini tak lekang dengan peace mereka kalau bergambar! \./

Si Abang yang bertindak macam seorang protective..huhu~
Suke ah tengok bebudak ni~ 



 nak story sedikit sebanyak pasal si kembar tigayang tak pernah langsung kenal sblom ini.

Macam ni ayah kepada onyang..
Iaitu onyet..Ada sorang sepupu.
Dia ada sorg anak.
kirenye due pupu kepada onyang lah.


haa yg si KEMBAR TIGA ni plak cicit kpd due pupu onyang ni..
Jadi apa hubungan si kembar ngn sy???
mari kita tilik satu persatu..
Onyang kami == dua pupu
Opah kami    == tiga pupu..
Mak ayah kami  == empat pupu (errr ade ke tak ni...hahhaa cam lawak bunyinye)
jadi KAMI adalah ape?? LIMA PUPU?? pelik je bunyi...berkupu-kupu dah..KUPU_KUPU je lahh..kan senang..!!!! hehehehe~


Hari Lebaran (1)

Salam Aidilfitri.

Semoga senang hati riang ria tiada gundah gulana semasa menyambut hari lebaran yang mulia ini. Kenapa??Berat badan dah naik?? Takpe2. Bukan selalu pun. Menjelang hari raye je pon kan. Nanti turun la balik tu. Eh. Bukan cakap pasal diri sendiri tau. Semua orang lah. Hari raye kan makan lebih sikit, tentu lah berat badan pun up sikit kan. Biaser la tu.Ada yang seluar longgar dah jadi ketat.Ada yang baju longgar skrang dah sendat. Adat berhari rayer. tak dapek den nolongnyer! ;p

Hari ni dah masuk hari raye yg keempat. Seronok dengar khabar kawan2 yg enjoy, happy dengan raye kali ni. Tumpang happy. Ye. Saya tumpang happy. Mesti besh kan dapat makan ketupat, rendang, nasi minyak, nasi dagang, nasi beriani & macam2 lagi juadah yg jarang jumpa time hari biasa. Setahun sekali je. Mesti besh kan dapat jumpa saudara mara yg dah lame tak jumpa. Dapat salam, mintak maaf. Dapat duit raye..mesti besh kan. Huhuuu.

Raye kali ni. Tak tau nak gambarkan perasaan ni macam mane. Terus terang cakap, biasa2 je. Dan Alhamdulillah saye tetap gembira sebab berpeluang lagi tahun ini beraya di samping keluarga dan sanak saudara.Waaupun hanya due beradik yang terdiri daripada sorang ayah sorang mak dan sorang adik perempuan, tapi kemeriahan tu ada. =)

 dad ~ opah ~ mom ~ me ~ sister


ma sis~me~opah~ma 2 kazens

____________________________________________________________

nak criter jugak pasal hari pertama rayer. pagi tuh usai solat raye,hujan plak turun agak lebat. jadi tak dapek nak ke mane pon. mandangkan rumah pon sblah rumah opah je, so meh2 semua beraye ke rumah dlu. 
 pak ngah.opah.alang.ayah.
pak ngah alang ngn ayah adik beradik.ada 4 beradik lelaki semuanya.pak cu sorang tak balek kampung lagi masa ini.yelah raye pertama keluarga pak cu beraye kl dulu. takpe2.


 peace2 !!



 

Tuesday, September 7, 2010

◄‼‼‼►



Jika disebut pasal diskriminasi mesti dalam fikiran korang perbezaan layanan antara orang kulit hitam dan orang kulit putih. Oh No No!!! Diskriminasi ini umum. Di sini suke ingin menyentuh pasal diskriminasi dalam konteks persahabtan. Kerana terdapat banyak kejadian depan mata yang agak jelas menunjukkan diskriminasi. 

Oh come on!! 
Kenal bukan minggu lalu..
Berkawan dah bertahun dulu
Bergurau senda dah selalu...
Kenapa harus ada juga diskriminasi antara gua ngn lu??
Ku ini bukan siapa-siapa bg kamu
Hanya seorang teman kpdmu

Mungkin kau fikir ku mengada
Tapi soalnya dari perilaku mu..
Aku bagai tidak wujud di matamu..

Semalam kau ucap selamat ke aku..
Hari ini pula ucap selamat ke teman2 ku..
tetapi ada penambahan smley dan perkataan tambahan di situ.
Cemburukah aku??
Bukan..cuma kenapa berbeza itu perlu?
Perbezaan ini jelas dan nyata bg ku.


nukilan semata..takde kaitan hidup ngn yg mati







Monday, September 6, 2010

Iklan Raye TV3 2010....mencurigakan???

emasa sedang bermuke muke..ternampak la video baru raya tahun ini dari PETRONAS.."mesti best!" jadi saye pon tengok la....


video

 Lepas tu, terjumpe entry post yang meragui makna iklan ini. Sekali tengok iklan ini mcm takde ape2..Sebaliknya terdapat tafsiran rupanya di sebalik semua ini..
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM


7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran 

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). 

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism 

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene

4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)


2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.


3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).


Dikhabarkan lagi selepas dikaji terdapat ayat Al-Quran ataupun mungkin tulisan jawi yg dalam keadaan terbalik. Kat sini satu penghinaan yang jelas..

Betol kah semua interpretasi iklan ini?? Wallahualam..