Monday, September 13, 2010

kupu-kupu@ ape??

Semalam hari ahad ada perjumpaan ahli keluarga atau Hari Keluarga lah. yelah masa raye lah masa yang sesuai untuk berkumpul. Jadi berangkatlah kami sekeluarga + keluarga Ngah + keluarga Alang ke perjumpaan Hari keluarga di sabak Bernam. perjalanan agak jauh + masa sesat lagi. Ini adalah perjumpaan bersama ahli keluarga belah adk beradik onyang. Kalau di perak ini, panggilan bermuala dari Ayah+Mak tapi ikot juga masing2.lain orang lain panggilnya, lepas tu Atok+Opah (nenek pon boleh). Then, Onyang bagi kedua-dua belah perempuan atau lelaki sama je. Lepas panggilan onyang,,tak reti nak panggil ape dah. tak ingatlah kalau orang perak ni onyet pulak gamaknya. kalau korang mungkin lain panggilnya..kot kan?? Jangan tanya dah lepas Onyet ape pulak, xtau lah! Tanya lagi,ada yang jawab monyet kanggg.. so jangan tanya sehingga sy mendapat jawapan yg pasti..




Tak terlepas makan dengan juadah yang enak..
Sate~~~
Bihun tomyam~~~
Pecal~~~
Buah Tembikai~~~
Nasi Impit +Kuah Kacang~~~

Sehinggalah sy terjumpa si adik beradik atas nih. Yang suka benar makan biskut roda. Ala yang putih bulat-bulat tu. Cube teka apa yang menarik perhatian sy pasal budak berempat ni?? 
Ye anda betol. 
Ada kembar tiga.sorang tu abang die yang asek makan.
Yang budak kembar ini tak lekang dengan peace mereka kalau bergambar! \./

Si Abang yang bertindak macam seorang protective..huhu~
Suke ah tengok bebudak ni~ 



 nak story sedikit sebanyak pasal si kembar tigayang tak pernah langsung kenal sblom ini.

Macam ni ayah kepada onyang..
Iaitu onyet..Ada sorang sepupu.
Dia ada sorg anak.
kirenye due pupu kepada onyang lah.


haa yg si KEMBAR TIGA ni plak cicit kpd due pupu onyang ni..
Jadi apa hubungan si kembar ngn sy???
mari kita tilik satu persatu..
Onyang kami == dua pupu
Opah kami    == tiga pupu..
Mak ayah kami  == empat pupu (errr ade ke tak ni...hahhaa cam lawak bunyinye)
jadi KAMI adalah ape?? LIMA PUPU?? pelik je bunyi...berkupu-kupu dah..KUPU_KUPU je lahh..kan senang..!!!! hehehehe~


Hari Lebaran (1)

Salam Aidilfitri.

Semoga senang hati riang ria tiada gundah gulana semasa menyambut hari lebaran yang mulia ini. Kenapa??Berat badan dah naik?? Takpe2. Bukan selalu pun. Menjelang hari raye je pon kan. Nanti turun la balik tu. Eh. Bukan cakap pasal diri sendiri tau. Semua orang lah. Hari raye kan makan lebih sikit, tentu lah berat badan pun up sikit kan. Biaser la tu.Ada yang seluar longgar dah jadi ketat.Ada yang baju longgar skrang dah sendat. Adat berhari rayer. tak dapek den nolongnyer! ;p

Hari ni dah masuk hari raye yg keempat. Seronok dengar khabar kawan2 yg enjoy, happy dengan raye kali ni. Tumpang happy. Ye. Saya tumpang happy. Mesti besh kan dapat makan ketupat, rendang, nasi minyak, nasi dagang, nasi beriani & macam2 lagi juadah yg jarang jumpa time hari biasa. Setahun sekali je. Mesti besh kan dapat jumpa saudara mara yg dah lame tak jumpa. Dapat salam, mintak maaf. Dapat duit raye..mesti besh kan. Huhuuu.

Raye kali ni. Tak tau nak gambarkan perasaan ni macam mane. Terus terang cakap, biasa2 je. Dan Alhamdulillah saye tetap gembira sebab berpeluang lagi tahun ini beraya di samping keluarga dan sanak saudara.Waaupun hanya due beradik yang terdiri daripada sorang ayah sorang mak dan sorang adik perempuan, tapi kemeriahan tu ada. =)

 dad ~ opah ~ mom ~ me ~ sister


ma sis~me~opah~ma 2 kazens

____________________________________________________________

nak criter jugak pasal hari pertama rayer. pagi tuh usai solat raye,hujan plak turun agak lebat. jadi tak dapek nak ke mane pon. mandangkan rumah pon sblah rumah opah je, so meh2 semua beraye ke rumah dlu. 
 pak ngah.opah.alang.ayah.
pak ngah alang ngn ayah adik beradik.ada 4 beradik lelaki semuanya.pak cu sorang tak balek kampung lagi masa ini.yelah raye pertama keluarga pak cu beraye kl dulu. takpe2.


 peace2 !!



 

Tuesday, September 7, 2010

◄‼‼‼►



Jika disebut pasal diskriminasi mesti dalam fikiran korang perbezaan layanan antara orang kulit hitam dan orang kulit putih. Oh No No!!! Diskriminasi ini umum. Di sini suke ingin menyentuh pasal diskriminasi dalam konteks persahabtan. Kerana terdapat banyak kejadian depan mata yang agak jelas menunjukkan diskriminasi. 

Oh come on!! 
Kenal bukan minggu lalu..
Berkawan dah bertahun dulu
Bergurau senda dah selalu...
Kenapa harus ada juga diskriminasi antara gua ngn lu??
Ku ini bukan siapa-siapa bg kamu
Hanya seorang teman kpdmu

Mungkin kau fikir ku mengada
Tapi soalnya dari perilaku mu..
Aku bagai tidak wujud di matamu..

Semalam kau ucap selamat ke aku..
Hari ini pula ucap selamat ke teman2 ku..
tetapi ada penambahan smley dan perkataan tambahan di situ.
Cemburukah aku??
Bukan..cuma kenapa berbeza itu perlu?
Perbezaan ini jelas dan nyata bg ku.


nukilan semata..takde kaitan hidup ngn yg mati







Monday, September 6, 2010

Iklan Raye TV3 2010....mencurigakan???

emasa sedang bermuke muke..ternampak la video baru raya tahun ini dari PETRONAS.."mesti best!" jadi saye pon tengok la....


video

 Lepas tu, terjumpe entry post yang meragui makna iklan ini. Sekali tengok iklan ini mcm takde ape2..Sebaliknya terdapat tafsiran rupanya di sebalik semua ini..
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM


7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran 

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). 

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism 

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene

4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)


2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.


3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).


Dikhabarkan lagi selepas dikaji terdapat ayat Al-Quran ataupun mungkin tulisan jawi yg dalam keadaan terbalik. Kat sini satu penghinaan yang jelas..

Betol kah semua interpretasi iklan ini?? Wallahualam..


Sunday, September 5, 2010

saat ini~

happy?? Excited?? Biasa la tuh hari raya tinggal lagi 5 hari je lagi
tup tap tup tap..bukan bunyi air 
tapi bunyi detikan masa yang berlalu begitu pantas~
kini hanya beberapa hari tinggal Bulan Ramadhan Mubarak
tak lama lagi nk masuk Syawal yang mulia..
begitulah datang dan perginya masa tanpa kite sedari~
bila Syawal nk dtg ni..gembira pon ade...sedih pon ye jugak!!
sedih sbab time nih laa rase chances utk tenangkan fikiran tu lebih dr bulan2 biase..dan ganjaran yang Allah janjikan bg tiap amalan yg dilakukan dlm bulan ini sgt tinggi berbanding bulan2 biasa..itulah istimewanya RAMADHAN.
tp at the same time hidup mesti diteruskan..Allah dah kurniakan bulan Syawal utk kita semua bergembira..Alhamdulillah~
Diberi peluang utk merayakan hari utk ke 20 kali dlm hidup..

Doa Malam Lailatul Qadar..



 dibaca pd tiap2 malam 10 terakhir Ramadhan. :)

Friday, September 3, 2010

Maybe yes mayb not..but mostly yes

***saje suke2 nak share ^___^
1.  Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

** ni saje suke2 nak share**
~Notes ini dipetik dari muke buku.nampak kt wall kawan dan tampal kt cni

Wednesday, September 1, 2010

Tips di jalan raya~

selamat pulang ke kampung halaman masing-masing

sempena hari raya ni, beringat-ingatlah ketika memandu tak kesah la jalan bertar jalan berpasir jalan bertanah merah atau jalan air. Berhati-hati ketika memandu. Ingatlah pada orang yang sayang kita dan orang yang kita sayang..Okeh!!




Sedih pulak bila saye teringat akan seorang kawan ini yang masih tidak sedarkan diri saat ini akibat kecelakaan jalan raya baru-baru ini.Sekarang kat Hospital Ipoh. Naseb baik minggu ni nak balek da, boleh tengok!! Semoga kau cepat sembuh,, nanti boleh beraya bersama-sama T___T


Malang memang tidak ada bau. Walaupon sudah 1000 kali beringat, but if that incident want to happen, it still will happen, All of that is on Almighty's will.
However, here is several tips for those who will go back home soon or anyone who will be on the road :

1)  Jaga emosi dan perasaan tu.. Emosi ini lah pembunuh sebenarnya sebab buat pengetahuan sekalian emosi berkadar terus dengan speedometer dan ketidakmatangan seseorang (kebodohan). So speed + bodoh tidak matang = jahanam. Ada seteng2 yang pantang dicabar, mulalah "panas" tidak mahu mengalah masing2 menunjukkan kejaguhan kehandalan di jalan raya. last2 haa lihat sendri kehandalan di atas katil hospital. Lagi satu kalau dalam keadaan stress, jangan memandu. Tenangkan fikiran dahulu..makan ais kacang dlu!! coooool kan diri

2) Rajin2 bagi signal    
maksud rajin itu ialah bagi signal bertempat lah. Bukannya kat tengah tengah jalan raya dah dok rajin sangat tetibe bagi signal. Yang tu pon boleh mengundang kecelakaan. Nak membelok ke kiri dan ke kanan je bagi signal. Lampu kuning kat kiri dan kanan kereta tu lampu signal tau. Bukan lampu suluh atau lampu perhiasan. Peringatan ngekksss macam ni khas utk org ngekkkss yang malas nak bagi signal. Jangan tak tau orang tak bertamadun ini bersepah sepah abad ini. Yang syok nye kat simpang T. Kita nak ke kanan, dia datang dari kanan, then sebelah kiri memang line clear. Jadi tekun menunggu supaya dia blah cepat. last2 die belok ke lorong sebelah kita. Punye payah nunggu jalan clear. Ini lagi sorang contoh ngekkksss.. Jadi beringat bagi signal ya!!

3. Fokus alert.beri tumpuan. kalau ada yang menarik kat tepi kiri kanan jalan stay cute n stay focus to the road. Tengok sekejap2 boleh la.Jangan sampai tercium kereta depan plak!! Tambah-tambah lagi awekss bagi kaum adam. Pantangg!!! ;) Kadang-kadang ada concert tepi jalan ke (contoh je)..nak tengok jugak turunkan halaju kenderaan anda dahulu dan pastikan anda 10 meter di hadapan anda line clear..hehh


4. Hati hati dengan kenderaan gedabak. Kalau nampak lori hantu, lori tanah, trailer kren atau tongkang air (ini kalau jalan air la), sila berhati hati sebab kadang kadang pemandu2 gedabak besar ni tak kira orang sekeliling. Dan jangan sesekali race dgn kenderaan gedabak yang kosong. Nak tunjuk handal la konon!! mula lah action macam pelumba F1!! pecut habis..errr jangan2. ingat berhemah!




Kesempatan ini tak terlambat nak ucap Selamat Menyambut Malam LailatulQadar.
Selamat Beramal di 10 hari yang salah satunya insya Allah amalan kita mendapat ganjaran berlipat ganda seperti 1000 tahun. 
Selamat Berpuasa untuk lagi 9 hari ini...
Teruskan untuk terus ceria ceria selalu
;)))