Monday, November 23, 2009

,,,,,,,

dahulu kala pernah wujud persinggahan di hati ini..
masih wujud..
dan sentiasa hadir tiap masa dan ketika..

wish u know it~
mayb u do..
mayb u don't..

tanggal 23 Nov 2009~

hari ini kami semua kuar la..dah menjadi adat tradisi..kami akan kluar berjalan plg dekat pon ipoh..plg jauh pn ipoh gak (nk kua mane lagi..)..selepas berjaya mengharungi 4 paper final exam untuk tahun 2 semester 1 ni~akhirnya baru lah nampak muke sorang2..(reflected kt diri sndr gak yg menyepi dr teman2 beberapa hari ini ;)) everyone struggle hard for the best for these 4 paper (hope not met again Narahari~ MRB~ye Lwin~ not forget Dr Azmi~ insya Allah..amin)

~tb tige~

~dayah sibuk tgkp gmbar org~ xsedar die pon kene snap oleh org dpn~ ;)

nak tau kami pelahap ape~
~crunchy chiss bite..~yummy..
uppss bukan ini sje..
xbesh la order satu je kn..jadi kami order due..
supreme pizza!!!
bukan regular..tapi sebijik besar cm kt atas nih..
wuaarrr memang susah laa nak abeskan sume tuhh..mule la yg mule ke toilet untuk.....uppss tak bole ckp lebey2 di cni..dengeres2!!


sayang kawan2 aku semua..have nice moments wif them..
thanx for being my frenz..n hope remain till the end..

lovely star 5 of us.. ^__^

Wednesday, November 4, 2009

>.<

Alhamdu Lillah...
seronok dapat bersama dgn mereka pada malam terakhir kelas latihan PSSCM bagi sesi Julai 2009 kali ini..

semuanya telah memberikan ucapan panjang lebar terutama
kakak2 abang2 yang akn graduate..to Kak Saa, Abg Khairul Azwan a.k.a Abg Jawa, Kak Asmat, Kak Didie..insya Allah~ semoga mereka menamatkan pengajian dengan jayanya..dun cry2 kak Didie..hehe

senyum puas~

sape2 ade gambar jangan lupe upload ea..:)

sayang family ku..^____^

Monday, November 2, 2009

marah yang hitam



MARAH MARAH MARAH~

..sememangnya marah adalah satu bentuk emosional semula jadi yang hadir pabila apa yang dikehendaki tak kesampaian..atau rasa ketidak puasan terhadap sesuatu benda atau sesiapa sahaja dan macam2 lagi punca amarah yang berlaku. cuma terpulang kepada seseorang untuk mengawalnya dan bagaimana untuk menzahirkannya..sama ada dengan cara yang betul atau tid
ak.~

~marah itu sebenarnya tak baik untuk kesihatan. berdasarkan kajian rasa marah yang terpendam akan membentuk menjadi toksik di bawah kulit dan tenaga kulit menjadi lemah. kita cepat tua dan kulit menjadi kusam dan tidak berseri. penyakit kulit seperti jerawat, bisul, dan lainnya akan bertandang, malahan kita juga mudah dapat alergi.

terutama sekiranya perasaan marah itu terpendam dan berlaku pada sebelah pihak sahaja.

sebaliknya pula, rasa marah yang dilepaskan akan merosakkan sistem darah dan jantung. degupan jantung menjadi tidak normal dan kencang. yang lebih teruk, darah akan menjadi laluan syaitan menguasai diri. diri akan menjadi sebahagian darinya dan penyesalan tidak berpenghujung menanti.

kerana itu sabar berulang kali diucap dalam Al-Quran yang mulia.

[2.153]. Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan
(kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

[2.155]. Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,

sabar adalah jawapan kepada banyak permasalahan. manakala untuk menenangkan hati pula, banyakkanlah zikrullah..

rahsianya adalah , cepat-cepat memotong apa-apa sahaja
pemikiran yang negatif setiap kali ia bertandang , maka insyallah, kita tidak sempat "masak" untuk marah.

[2.156]. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"

[2.157]. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

proseslah rasa marah yang terpendam dalam diri. banyak memaafkan dan maaflah dengan disertakan munajat kepada Allah agar hati kita dilembutkan dan maaf kita adalah maaf yang sebenar, panjatkan juga doa agar orang yang kita simpan rasa marah itu dilembutkan juga hatinya untuk memaafkan kita. maaf dua hala yang disertai dengan memohon bantuan dariNYA inilah maaf yang tiada dendam, maaf yang mampu membuat kita benar-benar memaafkan dan melupakan.

maafkan diri sendiri dahulu, dan pohon agar ALLAH memaafkan dan mengampunkan semua dosa-dosa kita, baik yang tersembunyi mahupun yang nyata.

kemudian maafkan diri orang lain sahabat, kawan-kawan, ibu bapa, cikgu lecturer sesiape sahaja..:)

peliharalah amarah kita agar tidak keterlaluan..mudah memaafkan orang lain adalah sebaiknya..

semoga marah yang hitam tidak bertapak dalam diri kita~
pesanan untuk semua orang terutama pada diri sendiri
ye kadang kadang saya tak lepas dari perasaan marah..
look ok sometimes but nobody know..
semoga rasa amarah tak mudah bertandang..

~jangan buat keje setan ni..nanti setan takde keje..~


jenaka

Cerita 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Cerita 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata," Ala ... releks le, aku ni kan anjing laut."

Cerita 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Cerita 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih." Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Cerita 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi 2 orang kenamaan itu mati. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis," Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami." "Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu...."

Cerita 6
ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian lift berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.." "ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba..."tp td akak tekan butang 2 dan 4" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru kepala...

Cerita 7
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. "Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya". "Lho ... kenapa kamu tidak membeli dua komputer" sahut temannya.

Cerita 8
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur..hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan. "Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah."
"Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah.
"Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih.
"Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis.
"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang
dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu."
"Saya tahu... ," jawabnya.
"Kerana itulah saya meracuni kamu... "


Cerita 9
Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah² belaka.... jd, bapanya membanding²kan anaknya dengan anak jirannya yang
cerdik dan pandai... bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah². dia anak yg cerdik....tak macam kamu, malas betull.. " kerana kesal
dibanding² si anak menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan
bapanya cerdik....." bapa : ??


Cerita 10
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai, mereka masing² keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "Maaf en, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!".. maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula
menukar sandwich memasing....

~kelakar giler bile bace semua cter2 kt atas..
now nak release sume yg serabut...
cool balek..
harap semua terhibur ngn santapan jenaka di ats~ :)

Sunday, November 1, 2009

Damai Bersamamu~..


Aku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Reff;
Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Agar Selalu Ada Dekat-Mu
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-Mu

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

~sedap lagu ni..