Salam wbt...
“Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.
Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. sbbnya enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral,
garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan,
mengikut Doktor2 di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah – Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka
bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum:-
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas
yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup
air yang panas, sebabnya sama di atas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
***********************************************************************************
oklah yang kat atas ni saje2 untuk santapan semua..(take note 2x orang dah kasek tau ni..tak nak sudah ^^ ingt je dlm kepala je la ea)
Ahlan Wasahlan Ila Syaaban wa Ramadhan..
begitulah pantas masa berlalu..bagai air sungai mengalir. arus yang berterusan tanpa berpatah balik..^^
hari hari kuliah semester ini akan berlalu pada bulan puasa..
penat letih haus pasti terasa..
dugaan3..
byk kemungkinan nanti..Antaranya :
1) time untuk sahur akan terlepas..
2) pergi kuliah lambat akibat bangun lambat
3) bukak puasa dalam kelas@ mkn dlm perjalanan sbb tak sempat.
hari hari kuliah semester ini akan berlalu pada bulan puasa..
penat letih haus pasti terasa..
dugaan3..
byk kemungkinan nanti..Antaranya :
1) time untuk sahur akan terlepas..
2) pergi kuliah lambat akibat bangun lambat
3) bukak puasa dalam kelas@ mkn dlm perjalanan sbb tak sempat.
Pernah terbace jugak :
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua’alam.
3 comments:
slamat pose..~
menunggu ketibaan ramadhan :)
selamat mnymbut bulan ramadhan kpd semua pmbace blog ini ^^ harap kte manfaatkn mase dgn perkara yg sebaiknye :)
Post a Comment