Lewat sore itu
Dalam merah rembang senja
Masih lagi dedaunan gugur
Kering redupan kasih
Dari hati seorang aku
Menginjaki malam sepi
Sunyi berlabuh kelam
Masih lagi ada pupukan bayu
Lembut meniup gema rindu
Dari hati seorang aku
Tunggu dahulu seorang aku
Dalam waktu tersisa
Mahu sendiri menganyam mimpi
Jangan biar gelap pergi
Biar lewat embun fajar
Kerana sesungguhnya
Yang terindah itu sementara cuma
Sisipan kenangan dari semalam
Pengharapan esok yang tidak pasti
Dalam merah rembang senja
Masih lagi dedaunan gugur
Kering redupan kasih
Dari hati seorang aku
Menginjaki malam sepi
Sunyi berlabuh kelam
Masih lagi ada pupukan bayu
Lembut meniup gema rindu
Dari hati seorang aku
Tunggu dahulu seorang aku
Dalam waktu tersisa
Mahu sendiri menganyam mimpi
Jangan biar gelap pergi
Biar lewat embun fajar
Kerana sesungguhnya
Yang terindah itu sementara cuma
Sisipan kenangan dari semalam
Pengharapan esok yang tidak pasti
0 comments:
Post a Comment