Thursday, October 22, 2009
kaktus berduri
Aku katakan padamu
Suatu petang masa dahulu
Mereka terpandang dan terpaku
Pada kaktus kecil bertapak sepi
Duduk sendiri minta diperhati
Minta dibelai dan dimanjai
Minta dijaga dan dimengerti
Tersentakku pada tawaduknya
Terkelu lidahku pada semangat juangnya
Berdiri sendiri namun tak pernah peduli
Pada angin
Pada dingin malam dan panas mentari
Aku tersentak dan terpaku
Mengapa aku tidak seperti kaktus kecil itu?
Sabar dan khusyuk dengan kehendak Allah
Biar tangan ini menjadi pasu barumu
Biar tangan ini menetang sunyi hidupmu
Biar tangan ini luka ditusuk durimu
Biar air mata ini berlinang menyiram gersang tanahmu
Biarkan
Kerana hati ini teringin
Belajar hidup seperti kaktus kecil itu
Matang dan membunga dalam gersangnya tanah
Bergerak dan berjuang dalam air mata darah
Sabar dan tabah memerangi amanah
Raedha dan rela dengan kehendak Allah
Kepada Dia jiwa ini kuserah
Moga aku dan kamu istiqamah dalam perjuangan
Janji kalimah Allah kembali megah dan gagah
Atau kita semua mati dalam syuhadah
Kerana kaktus kecil itu mengajar erti bersusah-payah
Berjuang dan istiqamah dalam melaksana perintah Allah
Dalam rekah, perit, kasar dan gersangnya tanah..
Labels:
story of me
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment